Sabtu, 10 Mac 2012

Akal si kecil itu.....

Aku rasa, normal bagi setiap ibu bapa menuruti kehendak anak-anak kecil seawal mereka sudah tahu meminta. Walaupun dengan sebutan semudah ' nak. nak'. Cukup meruntun jiwa kan...

 Sebenarnya aku dah tekad, dulu. aku tak mahu manjakan anak-anak aku. justeru didikan harus bermula dari awal. Tapi, aku mengaku itu memang bukan kerja senang. Susah untuk aku pantau dia setiap masa memandangkan aku wanita bekerja. Malah aku perasan, cousin aku aka pengasuh dia sangat-sangat memanjakan dia. terlalu. 
Apatah lagi bila di rumah. Sebenarnya boleh nampak, mak ayah aku lebihkan sikit si Qaseh, memandangkan setakat ini anak aku je bunga disamping cucunya yg lain. Jadi, potensi tak boleh dengar aku kejam sikit pada anak sendiri & ringan-ringan tangan memang tak boleh di guna pakai.

Tapi, kalau geram sangat. aku piat jugak.

Ya. aku memang garang sikit. Tak hairanlah kalau yg menakutkan anak & anak buah semua aku. mana yg garang semua aku. mana yang sebat-sebat, aku juga. Time geram, aku kurang sikit sampai rasa tak sampai hati. jadi hanger & rotan laju jelah hinggap pada mereka yg tak dengar cakap.

Dan, memandangkan aku masih tinggal bersama orang tua, jadi aku tak boleh nak tunjuk kuasa sangat.
Menangis je Qaseh, lepas tu siaplah aku pulak kena. 
senang cakap, anak aku ni ada baik punya back up dari mak abah aku.

;)

Bagi aku, time macam ni memang penat nak jaga Qaseh. Apatah lagi peringkat dah pandai meminta. Aku memang tak tahan nak layan dia meraung dalam troli dekat pasaraya. Dan, biasanya suami jugaklah yg rajin melayan. 
Salah satu habbit si Qaseh ni, dia boleh cam jalan nk pergi pasaraya hokey, sebab dia tahu kat situ ada binatang ternakkan dia yang boleh menyanyi. percaya tak? hehehe



jom tengok!






Tak puashati lah tu kitorang taknak masukkan coin.

 Naik semput aku nak tarik dia dari sini.. jangan main2  dia ada penjaga tau.

 'ammi.. nak..nak..nak....' nak yang ke-3 mesti 6 harkat.

Dan, aku rasa tahap dia pandai meminta. agak sama dengan bonda juga. sentap bila tak dapat apa yng berkenan di hati. 


Jom scroll lagi..


^

 'Eh, baju ni macam sesuai  je dengan saya. kaler pun okay. sy suka, bawa tunjuk ayahlah'- Q

 ' ayah.. sy nak baju ni. sy buka ye, nak pakai sekarang juga."- Q
"Eh.. eh mana boleh, Qaseh dah banyak baju dah."- Ayah



 " nak jugak. nak jugak"-Q


Ini part anak berebut dengan bapak, 
guess siapa yang menang? 





^


^
^




^




Lihat dugaan jaga anak, umur setahun 7 bulan pun dah pandai sentap tahu..






masaklah ayah kena pujuk kamu nak.. ;)