Mana nak cari sate subuh-subuh gaban? pastu sedap, pastu femes yg amat?
Tentulah kat Muar, area depan bus stand Bentayan. Kat muar ni banyak kedai yang jual sate pagi2 ni kat kopitiam. Bukan setakat sate je, mee rebus, nasi lemak, soto, bubur nasi, roti bakar. memang lazat n menegangkan perut!
Dulu ms pregy, selalu jugaklah merasa. yelah sementara nak attend appoitment ngn doc. Bfast dulu depan Bentayan, makan sate. Best woo. Tapi harga skrg mcm mahal sket. but, kalau dtg Muar tp tak cuba, rugi.
Tghari, perut berkeroncong terbayang lauk asam pedas yang menggiurkan. dont worry. kat muar banyak kedai makan yang jual asam pedas. kat Tg. Agas misalnya ada Restoran Intan, kedainya sederet ngan restoran murtabak singapore n mee bandung muar yg agak femes jugaklah. Kat situ boleh dapat asam pedas yang boleh tahan sedaplah. tetapi harganya cekik darah sket. mahal. Biasanya kalau saya nak makan asam pedas kat muar ni, saya akan pergi kat kedai asam pedas Jalan Jonid. kat sini memang best. ada macam2 lauk kampung dan pilihan adalah sangat banyak. kedai ni area jalan nak ke Tg, Emas. Eh. kat Tg Emas pun ada kedai makan yg jual asam pedas. Tapi, maklomlah bile dah rasa yang lebih sedap. baiklah kita ke situ jekan. so pilihan saya adalah asam pedas JJ jugak!
(Sekarang. ntah kenapa asam pedas pt. jawa pun mcm tak sesedap asam pedas JJ ni.)
Kat Muar ni femes jugak dengan Murtabak Singapore yang sedap tu kan. boleh dapat kat Tg. Agas sederet Restoran Intan. Kat sini ada nasi campur jugak, tapi biasanya org ramai datang sini nak makan murtabaklah kan. Bagi saya rasanya. sedap. Yelah sedap sebab xdelah kedai lain jual murtabak singapore kat Muar ni. tapi sebab utama makan kat sini sebab ada sup kambing. wallah. sedap, pekat. memikat. makan panas2 cicah roti keras. erm... terbayang dah. Harga kat sini bolehlah tahan mahal. makan murtabak utk dua orang, sup kambing 2 mgkuk. roti pun kena caj, air utk dua orang dekat RM30. huhuhuhu..... sekali-sekala bolehlah.
Nasi Beriani?
ohw ada. Kt Tg Agas ada restoran nasi beriani yang sedap jugak! main restoran adalh kat area Bakri. orang pggil Nasi beriani pesta. branch kt Tg Agas ni sedaret dengan kedai Al-Ikhsan. cubalah, jangan lupa minum sirap bandung soda sekali. peh... terangkat.