Selasa, 22 Mac 2011

Ini Umi, Baby sitter saya...

Mencari penjaga untuk anak kecil yang paling kita cinta. amatlah mencabarkan.  Banyak sangat yang kena tapis, tambahan lagi bagaimana mahu meletakkan kepercayaan 100% kepada mereka. Ya. Masa peknen dulu, aku tak runsing pun pikir mana nak letak Amber lepas tamat tempoh bersenang lenang. Yelah. dalam hati aku dah ' booked akk ipar aku sbg babysitter. :)

So, bersuka rialah hati ni. macam takde masalah. semuanya settle... nampak kat situlah.. Ohw tapi keputusan itu dibangkang keras oleh daddy. Tapi, nak takut ape kan... perlahan2 aku pujuklah, gerenti dia setuju punya.
Tapi, lepas dah bersalin. berpantang dan  merasa sendiri menjaga puteri kesayangan ceh...hihihi

Setiap masalah aku dgn dia, ketawa bersama, menangis bersama, digigit semut bersama...(boleh pulak time aku bpantang tu, rumah bukan main lagi meriah dgn semut gatal tu!!). Tiba2 aku mula nampak yang situasi dalam rumah aku sebenarnya tak selamat untuk Amber. Bila pertama kali aku tgok depan mata, tangan anak akk ipar aku, anak buah aku lah tu. lajuuuuu je  dia *PAP* kat kepala Amber. Apa lagi melalaklah orang tu kena babab kn... Ayoo sapa kata budak kecik pukul x sakit? diorg pukul sekuat hati tao!
Jadi, hilang suku kepercayaan aku untuk itu.

Dalam masa pantang tu jugaklah aku tak boleh leka, tinggalkan Amber sendiri. jangan harap! sbb pantang aku tinggal kejap. time tu jugaklah dia geram tgok kemongellan Amber. tekun dia tunggu sebelah Amber tao. Aku rasa kalau aku kena meroyan pun. sebab penat berlawan dgn anak buah aku saje..
yelah, time tu mne boleh jerit2.... nak kentut pun takut...huhuhu...

Dan aku nampak yg akk ipar aku pun bz setiap hari, mana nak urus anak yg sekolah, dgn anak kecik dia yg mcm belangkas tu  lg. masih brestfeed lagi. Confirmlah pilihan aku ni salah kan.
jadi apa lagi. tepuklah tangan ramai-ramai.

Mujur saudara Nazri, suami aku lah tu tak sekolahkan aku pasal Faiz sekeh Amber. 



 Hampir tak perasan, Amber dah layak naik benda ni... bukan main sooka.


Jadi, mula dari saat tu. aku dah mula runsing. Manalah nak cari org yg boleh jaga Amber. setiap kali anak buah aku *PAP atau cubit2 Amber, makin hilanglah kepercayaan aku. Jadi bila dah runsing ni, dan hilang semua kepercayaan ni, boleh agaklah kn bpe banyak kali anak aku kena.

Dalam kepala dah nekad nak antar Amber kat depan opis aku ni. Tapi gila jauh aku nak bawa dia mengembara tiap2 hari. Jauh tao tempat kje aku. Tak tahan tu bila aku mmg blk malam. Woho... mcm2 benda x patut aku pikir. So, nekad2 pun gigil jugakkan. 

Syarat pertama yg aku pikir masa tu, aku taknak org yg jg Amber ada anak kecik. NO! sbb aku dah rasa sakitnya hati dan mata. 



Ok.1 , 2, 3... good. Amber good.

Jadi, masa cousin aku tunng, pecahlah kekusutan hati ni. jadi cousin aku pun suggest akk dia, merangkap cousin aku jugaklah kn. Bila tanya2, dia kata Ok. lgipun anak dia yg plg kecik skrg ni dah Sek. Men. Jadi confirmlah  dgn dia. Cousin aku jugak. 

berbalik pada rasa percaya. Bukan aku terus percaya tao. makan bulan jugaklah aku sentiasa  aware. lps ambik Amber je, balik cek sana. cek sini. hahaha kelakar..
Aku pun pernah citer betapa cousin aku tu lg cekap dr aku. dia yg kenalkan makanan tambahan dulu, bagi naik walker dulu.. sume2lah... dan. sekrng mcm krisis indentiti plk aku ni. aku yg baby sitter ke, atau aku ni emak Amber? *mmg cmni eh, lepas anak org lain jaga. dia lagi gembira ngn org tu?? haih. 

Jadi bila semuanya OK. Aku pun dah letak kepercayaan 100% pada cousin aku, means xdelah aku serah kt dia 100%. Tapi, kalau dia nak bawa Amber kemana2 tu. aku kasilah...

Bukan senang ye nak cari baby sitter yang terbaik untuk anak sendiri. Kalau yag betul2 ok tu Alhamdulillah. Kdg2 mula2 je ok, lps2 tu KO. mcm2lah. Mcm yg aku dh nmpk. Kalau boleh takyahlah bg keluarga sendiri yg ADA anak2 kecil utk jaga anak kita. Apa2 pun mestilah anak sendiri jugak kn yg dia utamakan. 
Belum kalau terjadi masalah2 lain pulak. terdaya atau tergamak ke kita nak cakap kualiti jagaan dia yg tidak memuaskan hati kita? 

Nak cakap tak sampai hati sbb keluarga sendiri kan. Tak cakap? sakit hatilah pulak.
Jadi. pandai-pandailah nilaikan.

pst - Aku harap, asuhan baby sitter dia adalah yg terbaik untuk dia. Selain asuhan mak ayah yg gilakan kerja ni.kerja  nak cari rezeki utk kelangsungan hidup jugak kn.

Sabtu, 19 Mac 2011

Penangan budu mek Salmah. Insaf

Dah lama aku simpan niat, nak buat nasi kerabu. setelah hari2 aku google gambar dia. Rasa teringin menjadi2...
Senangnya kalau beli je kan. maklomlah duduk kat selatan ni manalah nak jumpe nasi kerabu tu selalu. Untung2 pun jumpa hari minggu kat pasar malam je. Dan, nak berjalan ke pasar malam tu pulak satu hal malas yg maha tinggi. Semata2 nk cari nasi kerabu yang bagaikan biskut merry tu? sorry.

Jadi, aku dah tekad dah. Apa nak jadi, jadilah minggu ni nak buat nasi kerabu jua. Walhal mak dah pesan. Nasi kerabu buat sendiri x sedap. beli baru sedap. boleh? patah dah semangat sikit. takpelah...

Jadi. permulaan try buat solok lada dulu. alah senang je.... tumbuk2 cmpaur2 semua rebus. Tapi, aku nak marahlah.. sebab tak menderhaka pada resepi. solok lada aku tawar dan hancur? cmne!!!
Dah mak aku beriya2 start enjin jadi google sediakan resepi ulangan, bagtau solok lada tu kena kukusjelah.. itulah inilah... padahal mula2 dia yg tanak masuk campur. 



ohw, teringat dulu2, masa muda tengah belajar kat negeri orang. ceh sebelah negeri sendiri jek. Kat situlah aku jumpe mek2 salmah kelantan, Yang cakapnya sebiji buat aku ternganga tak faham. pekat betul dialek kelantan. sorang Mek ni memanglah kuat makan *berdasarkan size badan, aku syak. Jadi aku tak heran dalam bilik penuh stok makanan dan budu kelantan. Budu mesti cap ketereh. Hari2 time makan mesti berbudu, nasi tu smpai tenggelam sbb budu. Ayayai.....

dahlah bau semacam, duduk hostel manelah ko nk cari limau nipis ke, lada ke. jadi apa yang ada telan.
Dah kegilaan tu berjangkit dgn budak2 rumah yg lain, tak semua tapi bolehlah buat korum minah2 budu seangkatan. Bayangkan budak bandar totok pun boleh terjerumus. Bahaya!

Aku ingat lagi time diorang makan, tak lalu aku berjemaah sekali. yelah dengan bau dan stuktur budu semacam buat geli geleman anak tekak ni wei....

Tapi, nasi kerabu aku makan. 

Yelah nak citerlah ni. 

Satu hari aku kutuk2 mkanan asasi mek ni, wah dah tukar eh, makanan asasi kelantan budu, nasi pembangkit selera ja. hehehe... Dan dia pun apa lagi, sound lah juga kata negeri aku macam2.. peh aku cuma berani lawan mulut jelah, sbb size dia dah mcm enot* kecik sikit enot kot. Tapi last2 dari mana tah dia tau aku ni makan nasi kerabu. dia bising2 cakap bhs dia, mu make budu.. mu make budu. 
eh.. mek ni, bile mase plk aku ni makan budu dia. hai tak kose aku. Nak pandang pun tak sudi, apatah lagi makan. mimpi ah. eksyen tuh!

Satu hari bulan pose, kitorang ramai2 lah ke bazar Ramadhan kat depan Melaka Sentral, jadi, aku pun sukalah..sbb time tu ja boleh jumpe pelbagai mkanan yg best. exspecially nasi kerabu. Jadi, masa beli tu aku mintak akk tu kuah & sambal lada lebih. Sampai rumah, apa lagi mek ni ambik peluanglah basuh n libas aku cukup2.. Mu tuh make budu, tau nasi kerabu nih letak budu!

Hah? what?
OMG. Aku tak caye, sbb kenapa selama aku makan nasi kerabu tak bau budu pon? budu kan ade bau mcm hamis2 sikitkan. Auw... pedih u.... kena tembak dengan peluru pepandu... woohaa....
Tapi, itulah hakikatnya, nak lari mane pun tak boleh, nak ngaku malu... nasi kerabu tanpa budu. hah? ape tu?? tak rasa ape weih...

Jadi, itulah kepahitan yang terpaksa di telan. si jawa yg eksyen katakan tidak, padahal mahu...hahaha...

Tapi, sampai sekarang aku tak tergamak lagi nak makan budu mcm tu je selain makan dgn nasi kerabu. Jadi, stok budu 3 botol yang aku kirim dr Kelantan tu, smpai skrg tak terusik. setelah cobaan solok lada agak mengecewakan. Aku semacam tak beranilah pulak nak up lg buat nasi kerabu. hehehe
Tak taulah nak bergantung harap kat akk pasar malam tu ke, atau percaya pada kehebatan sendiri... ceh!

Kepada mek Salmah,*bukan nama sebenar. Cukup2lah menjalani hidup dengan budu. Abis kalau letak dia kat Afrika pun, budu stok macam hidup kat Kelantan ape citer weih.... heheh



Rabu, 16 Mac 2011

Mahu jadi ibu terbaik. Tapi jalannya terlalu mencabar.

Semalam, balik dari kerja terus cepat2 mahu ambik Amber. Jam tepat 8.00 pm. Apa?  malam masih belum balik?
Ya.
Sampai saja, tanpa matikan enjin terus beri salam. Dari luar dah dengar suara anak ku riang bergelak ketawa suka. Berbunga hati dengar Amber ketawa. Pintu terkuak, Amber pun berjalan sambil sengeh2 pandang aku * mimpi. eh tak, Angah ita dukung Amber seperti biasa. Dan aku pun hulur tangan macam selalu. Hari ni... untuk pertama kali Amber mula sorok2 muka kat tudung Angah ita. Ohw, mentang2 makan lauk ikan, eksen ye... Berkali aku acah nak tinggalkan je dia. Tapi, dia selamba je tengok aku. Perasaan?
Bengang yang amat, sakit yang sangat. pedih tao. rasa macam aku ni bukan sapa2 bagi dia.~~~
Jadi, aku ambik je dia dari Angah Ita tanpa dia sendiri menerpa aku .-:(
Dalam kereta, letih aku nk 'behave'kn dia.

Aku tahu, masa yang ada untuk aku dengan dia terlalu sikit. 6 kali dalam seminggu cuma jadi teman tidur je. Weekend adalah sangat singkat. Kadang2 aku tak perasan bila waktu dia selalu menyusu, makan, mandi. rutin yang biasa di rumah baby sitter dia. Jauh dari sudut hati, aku belum puas....
Aku belum puas punya baby yang tahu menangis je, tidur sepanjang masa, kuat menyusu. Aku tak puas mandikan dia, aku tak puas bau baby yang fresh. wangi. sebab sekarang ni aku perasan Amber dah besar. Dah tau pilih orang, dah tau makan, dah tau mengamuk, dah tau macam2... dah tau nak *pap* orang jugak.

Kalau boleh aku nak jaga dia setiap hari, setiap masa.

Rela ke, duduk rumah. Terima semua seadanya? Sanggup ke tahan nafsu dari mampu milik kepada jangan bermimpi langsung? Tahan ke pejamkan mata dan tutupkan telinga dari dunia yang  biasa ?
Hahahaha... macamlah boleh kn.
Betullah, zaman sekarang tak macam zaman dulu-dulu. Sekarang nak beranak ramai-ramai pun takut. Takut dengan semua perkara yang perlukan duit. Semuanya duit. Kirakan saja untuk membesarkan anak pertama dari lahir, berapa yang wajib ada dalam tangan setiap bulan. Dah sampai tahap 'wajib, kalau takde jadi berdosa pulak. haih....


Mereka2 di luar sana, yang ada anak. Yang kerja < 8 jam sehari, anda bertuah. yang bekerja 5 hari seminggu anda masih  bertuah. Yang masanya lebih banyak terluang untuk anak2... anda sangat bertuah.

Jadi, anak ku... Janganlah buat hati ibu jauh bila lihat kamu lebih suka di sana, dari disini. Sebab ibu sentiasa tak sampai hati nak tinggalkan kamu sehari-hari. Apalah pilihan yang ibu ada. kerana. Apa yang ibu usahakan, semuanya untuk kamu... untuk masa depan kamu.... InsyaAllah. Mungkin tak sebaik , tak sehebat orang lain. Tapi, ketahuilah ini yang terbaik yang mampu ibu beri.. Yang paling utama, dalam hati, cinta ibu terlalu dalam buat kamu. Amberena

Rabu, 2 Mac 2011

Paris~~~wow

Teringat dulu-dulu, masa mula nak gi jalan jauh. Naik flight. Wah excitednya.. tang2 tu jugak asiklah kelek pc, buka airasia nak tengok harga tiket. tengok harga je weih. waktu tu manalah tau sangat, harga paling murah dia bagi berapa. jumpa yang seratus lebih untuk destinasi seberang lautan. wah murahnya....
Murah dah tau. Masa tu. manalah tau. tiket pon orang lain yang bookkan. hahaha
Dengan excited tunjuk nak beli tiket tarikh tu destinasi ni. Wah, berdebar2 macam nak tunggu nikah.
Akhirnya dapat jugak naik kapal terbang dengan tiket pergi balik rm300++. ehem3 
Suka tak terkata weih. waktu tulah..

Lepas tu, sangatlah rajin asik nak buka air asia je. tak taulah nape. Bukan tu saja, MAS, Firefly pun aku klik2 jugak. Dan sekarang, bila dah *pandai sikit, bila tengok promo yang air asia buat. Boleh buat ternganga
waaahhh murahnya.....

ish....ish... rasa ralat, sebab dulu2 pejam mata je beli tiket harga sampai 300++ untuk sorang. Sekarang promo yang free pun aku pernah jumpa. Gagaga....
jadi, macamanalah aku nak bekerja dengan tenang bila fikirkan itu semua..
bercuti.bercuti...

Jadi, untuk ubat hati yang ralat ni, aku pejam mata je beli tiket penerbangan ke Paris baru2 ni..
jadi nak kena pegi buat pasport nak gi travel jauh ni.
Nak kaji cuaca lagi, maklomlah.... kat sana kan ade 4 musim, kalau salah perkiraan kang nayalah pulak.


Jadi travel untuk 5 orang termasuk cik Amber juga. 
Amber ni kecik2 dah berjalan merata. untung betul anak2 zaman sekarang ni kan. Kalau time aku kecik2 dulu, siap sedia telinga ni nak mendengo bunyi moto abah. yelah. asik kena tinggal je kekdahnya. Lagilah nak merasa naik belon terbang ni, mimpi je lah weih...
Aku ingat lagi kalau pergi tempat yang jauh sikit, aku x suka betul naik keta. siap mabuk2.. tapi van ke, bas ke taklah pulak. aku suka sebab anginnya kuat menghempas muka. Maklomlah muka tadah kat tepi tingkap. mane tak syok, ye tak.
Tapi, abah turutkan juga peel anak gegirl dia yang memalukan ni. hah. malulah sebab ada satu kenangan tu, aku siap, xmo naik teksi. sanggup nak jalan kaki dari bandar sampai umah. gile ke???

Tp akhirnya abah humban jelah aku ni masuk dalam kete. nangis2 tao. malu3


Oh. tak sabar nak makan nasi kandaq line clear. terbayang2 mee udang ngn jeruk penang.
Ohw salah tempat plk, td berangan pegi Paris. Tapi tiketnya di beli untuk ke Penang.
hahahah.....



Selasa, 1 Mac 2011

Contest Nama Baby Saya (sticy mod, entry baru di bawah)

Kali ni nak join GA dari IDMA TEXTILE pulak.





Nama beliau adalah jeng..jeng..

Qaseh Nur Amberena

Qaseh is bagi aku cinta
 Nur adalah Cahaya
Amberena pulak adalah permata ungu- Amber dan, tambahkan rena kat belakang.
So, permata ungu bercahaya yang saya cinta. Dan semoga beliau akan sentiasa melimpahkan cahaya yang cantik untuk sekaliannya..

Kronologi dapat nama tu,
oklah, period daftar namakan 2 minggu, dalam masa tu memang tak tau lagi nak pilih nama apa. Sebab semua nama yang dipilih masa peknen boleh lupa erk. Jadi, try cari maksud Amber sebab suka dengan nama tu. kemudian bila dapat makna,  terpaut sudah. Act, ada beberapa nama, tapi macam dah biasa di guna pakai.  End up pilih nama ini.
Dan sekarang saya punya Amber sendiri.


 Nama itu adalah pilihan saya. Maklumlah anak pertama, kalau boleh tamak. semua saya punya. Jadi suami cuma dapat daftarkan sajalah & bintikan nama dia. ^__^


jom, kawan2 kita terjah ini contest.
TQ