Rabu, 16 Februari 2011

Bahagian saya, Bahagian dia...

Tak lama dulu saya ada text seorang kawan ex- sek lama masa kat kg dulu. Yelah pernah jd bestfriend. pastu tak kawan-tak kawan. jadi musuh kononnya. kemudian ok semula. Namanya Jee. bila masing2 bekerja terus lost contact. Tapi majlis kawen, masing2 hadir. Dia dtg majlis saya, saya pun datang majlis dia. Kawin sama tahun. Saya dulu sbb dah gatal sangat eh.

Ok, text msg tanya perkembangan semasa. Dia preggy dan sy tumpang hepilah. kemudian takut2kan sikit citer sakitnya beranak.hahaha. Banding2kan pakai set bersalin apa. Huhu nampak sangat masih nakal dan ada rasa iri hati! Oklah katanya anak dalam kandungan jantinanya lelaki, dia scan dan confirm nampak bird. Bangga betul dan beriya dia kata yang suaminya tak sabar2 nk buat teman main bola. Wah sampai begitu sekali punya excited. Dan dia prepare semua kelengkapan untuk bayi lelaki yang bakal lahir nanti. Dia dah bayangkan betapa bestnya dapat anak lelaki. Yelah. yelah saya akur je, sebab Amber kn perempuan.

Teringat pulak masa saya mengandungkan Amber dulu. sehingga Amber lahir, baru saya tahu selama ni, saya peknen anak pompuan. Walaupun masa peknen tu mcm rasa ada kemungkinan dpt boy. Tp sindrom yang bercampur tak boleh nak agak sbb 2x rasa ada. Dan mcm2 pendapat dr org sekeliling tntg jantina baby sy muncul. Ramai yg kata gegirl, ramai juga yg kata boboy.
Kalian yg teka gegirl. Sekarang anda betul! yeay....
saya masih juga keep my mind supaya berlaku adil dn bersedia untuk terima kemungkinan. Samada dpt bb girl atau boy. Jadi, sy sediakan keperluan basic dgn warna yg tak sinonim dengan jantina. kelabu pun saya ambik tau.
Excitednya sy rasa sangat lain mcm. berdebar. rasa terlalu nak tau siapa dalam perut tu. Hei, awak gegirl ke boboy ni???
Rasanya berbezakan dengan perasaan bila dr awal kita dah tau jantina bb kita. Tak sama.
Dan sekarang, saya mula nampak, Amber tersangatlah rapat dengan hubby, tersangat manja dan hubby pun overstandard sayangkn Amber. Macam juga abah saya yang selalu lebihkan saya & adik. Minta apa semua dapat ops. Dan abang2 saya memang anak maklah kn.  Jadi sy nmpak kat sini. Anak perempuan ngam ngn ayah. Anak lelaki ngam ngn mak??
Ohww~~ lepas ni kena buat perancangan dapatkan baby boy pulak. Kalau tak nanti tadak genglah saya. huuuuuu~~
Tak aci!


Hujung minggu lepas saya dapat tahu dari akk Jee, dia dah selamat bersalin masa Chineese New year aritu. Dan yang paling mengejutkan sekali, dia dapat baby girl. taaada.. Kuasa Tuhan kan. Jadi sekarang bb memang boleh geng ngn ayahlah, bukan geng bola. Tapi geng masak2.. sweet ape.
^__^"


Psst - Mcm sy dah cop, Amber kena pandai masak dan kena rajin buat kerja rumah. Baru boleh letak hantaran tinggi sket. eh. taklah

Ahad, 13 Februari 2011

Sampai jodohnya... cousin sebantal setilam dulu2...

Nasib baik banjir dah surut. kalau tidak, merasalah bersanding banjir2 tak pun bersanding kat pusat pemindahan mangsa2 banjir. dewan serbaguna bukit gambir.
Tulah hikmahnya masa nk booked andam full untuk date chineese new year. kalu tak nak buat majlis pada cuti raya cina tukan. then, anjakkan seminggu dr tarikh tu. hahaha. kalau tidak, merasalah. Mesti kenang seumur hidup bersanding dalam banjir.


 Akhirnya jodoh k.roha sampai jugak pada usia ini...Umur..pssst rahsia...
hahahaha




Pelamin  cousin beranilah posing2. alah pinjam kejap. Kalau orang lain punya segan.

 Sekarang pergi majlis kahwin, memang dh rupa mak2 dah.. tak kose nak melaram... Kena pastikan Amber tak meragam. lucky sbb dia sgt behave. So, biarkan hubby merewang kat luar. Saya bersejukkan di dalam. Sampai pun dekat kul 2pm. Ape punya sedaralah aku ni.
alasan dah de anak ni memang masa susah nak setting. Betul ke??? ek??
Yang penting, sampai jumpe pantin jap n makan dulu. huis kurma daging siap bertambah tu.

Sebelum balik pun mesti isi perut sekali lagi. Kali ni best sikit sebab dah rembat ikan siakap 3 rasa pengantin. hahaha. Setiap kali wedding rumah cousin rapat memang begini. Lauk2 pengantin tu, kitorang cousin2 yang lain yang balun. Macam adat tak rasmi kot. Aalah pengantin pun sama. masa wedding saya. dia juga yang beroperasi di meja makan pengantin lepas saya bersantap. 
Oh tak ingat time saya kawen ada lauk ape ek? perut over ketat sebab pakai korset. terus kenyang sepanjang hari.. padahal sebenarnya lapar sangat. Tapi mungkin nasi tersekat kot. sebab korset. logik ke?
mugkin.



Ok. Sekarang Amber dah 6 bulan lebih. Jadi, normalkah pada usia begini dia dh pandai menyiarap dh maju ke depan. bukan merangkak. tapi dia boleh paut tangan dia dan tolak badan guna kaki. sangat agresif comel sangat.
Laju pulak tu, pantang lepas sekejap kt bawah. sekejap je hilang. Gembira betul dia explore dunia ceh.
Amber belum tumbuh gigi lagi, normalkah? tapi dia suka makan sayur yang digigit oleh saya & hubby. suka sangat. berlagak macam orang dah ada gigi. Lepastu tak boleh makan depan dia. sebab dia akan pandang betul2 dengan mulut mengecap2 ikut kita makan. sweet kan. hahaha
so. nak makan kene sorok2 sbb tak sampai hati nak biar dia tengok.

Amber dah mula kenal orang. Jadi, sesapa yang dia tak pernah nampak. memang taknaklah dia. kalau yang ada aura2 macam mommy dia ni leh kot. Tapi tetap takleh lawan mommy dialahkan. Ops kalau mommy vs daddy dia. mommy kalah sikit. maklumlah anak daddy katanya...


pssst/:  Sekarang, kalah perasaan bila tengok Amber tidor. betul2 falling heaven. babykan masih di lindungi malaikat selagi dia masih kecil. masih ada bau syurga.

Jumaat, 11 Februari 2011

Baru kembali dari bercuti B.a.n.j.i.r


Belum punya mood untuk story detik2 jadi mangsa banjir.
walau air telah surut, Penatnya tetap belum.
Pertama kali dalam sejarah  aku,
bermalam dalam dewan, berkongsi sesama manusia.

jadi lebih kenal dengan sesama mereka.
Rencana Tuhan tetap yang terbaik..
diberi musibah sebagai ingatan,
hikmahnya yang kemudian terbentang.....:)

Banjir..
betul2 kenangan..

Sabtu, 5 Februari 2011

GA sulong sempena cuti perayaan CNY

Wah saya makin suka GA.
Ni join dari blog cik Aida.Sempena CNY.



Memang senang sangat2, buat entry then tunggu cabutan . Kalau ada rezeki Alhamdulillah.. dapatlah set pinggan baru. Semuanya dah settle.. 

So, Moga2 berkat GA kali ni di pihak saya...:))