Jumaat, 29 Oktober 2010

Bila Dan kena batang idung sendiri..

Kalaulah tidak kerana sayang, tidaklah aku berjuang melahirkanmu...
Malah tak pernah sampai hati untuk meninggalkanmu...
Dalam hidup. kalau kita tidak merasa tidaklah kita faham akan situasi yang mungkin sukar difahami. Walau kadang-kadang apa yang berlaku didepan mata nampak macam tak masuk akal.

Amber keluar rumah usia berapa?
Hahaha... mengikut kepada ibu bapanya yang selamba badaklah, belum cukup hari dia dah dikendong ke bazar ramadhan. Akibat daripada saya melampau bosan duduk dirumah. Merasalah dia hidu asap ayam percik. ikan bakar. murtabak. nasik ayam dll. Kalu dulu saya asik mengata (sikit-sikit) orang yang patern macam ni bila dah kena batang idung sendiri. Terus sedar diri. Yelah, kadang-kadang keadaan memaksa. Lainlah dapat suami yang sangat2 serba tau dalam semua perkara. order je. semua sampai. Kalau dapat suami yang pandai memebeli je, main hentam kromo? habislh. Sekarang suami dah pandai beli susu. suami dah pandai beli pampers siap bandingkan harga, kedai  mana lebih murah lagi u....hahah
kena pada saya pulak, xde siapa nak jaga Amber. sob.sob..huhuhu..
so, nk taknak terpaksalah bawak jugak, kena pulak pantang time puasa dekat raya. Napsu membuak2 nak shopping kot2 adalah baju size dulu yang tersangkutkn. Malangnya hampeh.


*-Melaka pun dia dah sampai you. Akibatnya merasalah jugak saya cebokkan dia kat Bazar Ramadhan depan Tesco Melaka. sebelah Melaka Sentral. Kenangan siot.



 Kaedah Merancang?
Serius. saya masih fobia dengan xtvt berpantang. so, mengaku jelah yang saya memang sangat2 mahu merancang. Banyak pilihankan sekarang. cuma belum decide je nak pilih ape. Tapi awal bulan lepas dah beli pil Yasmin- hahaha ...............tapi tak makan lagi.
Oklah. dulu masa bujang, saya ada satu perasaan yang mana bila dengar je diornag ni merancang mulalah fikir. 'ish nape nak merancang pulak? anak kan rezeki Tuhan. Kalu Tuhan nak bagi, terima jelah.." senangkan orang muda berfikir? hehehe
Lagi-lagi pulak. saya memang nak anak ramai. Ikut ekonomi memang kurang mampu. xpe nnti mama & daddy usahakan ye sayang. Saya mahu keluarga besar supaya bila tibanya raya. Rumah sayalah paling meriah dengan anak-anak dan cucu-cucu. *berangan

Kini. bila dah lalui, berpijak dibumi nyata. Baru mengaku yang saya masih perlukan masa untuk tambah adik buat Amber.. :D

*-impian anak ramai tu memang tak buang taw.

 Bau ibu memang asyikkan?

Menyusukan Amber di waktu malam.
Oklah. kadang-kadang saya main tolak-tolak dengan hubby time buat susu Amber. bila Amber dah memekik baru bangun buat. Tu pun siap deal ' abang buat susu, ayg susukan eh' xpun ayg buat susu, abang susukan' selalunya saya cop tang  susukan sebab sambil sumbat susu boleh tido sekali. 2in1. Tu yang banyak kali susu x masuk dalam mulut Amber tu..hahaha..

*- Kalaulah saya mampu tahan setiap kali dia breastfeed. tentu sekarang x de xtvx cop itu, cop ini...:(


 Amber diam je. 
sebab dia tau yang mama memang sangat berharap agar dia tak meragam time ni :p

Terkulai di bahuku.
* lepas berak

Ohw... saya mula rindu nak salin pampers Amber lepas berak*:D
Ikhlas ni taw. yelah sejak naik kerja ni, manalah ada masa nak jaga dia waktu siang. hantar Amber pagi-pagi dia belum mandi, ambik dia malam, dia dah wangi-wangi. Dan malam, setakat ni Amber memang x pernah berak. Masa mula-mula dulu saya memang sukahatilah sebab  malam hubby yang serah diri nak salinkan pampers Amber kalau berak ke, kencing ke, kalau nangis ke, memang hubby yang jaga. Maklumlah bini tengah tak bermaya.. hahaha... kalau siang tak berak je. mesti tau malam tu jaga-jaga.  Tapi makin dia membesar, pusingan tu dah makin berbalik kat saya jugaklah... hohohoho...
Dan sekarang, penangan anak. saya rindu nak cebokkan berak dia... isk...


 Ini paling mahal..:D

Ramai sangat kawan-kawan yg dah melalui fasa ini. menjadi ibu bapa. macam berlumba-lumba pulak. Dari awal saya rasakan keajaiban sebab saya mampu melalui ini semua . fasa manusia yang normal. 
Sambil-sambil tu boleh saling berlumba dengan tahap tumbesaran anak-anak. 

kwn1:-anak aku dah pandai ketawa. 
kwn2:-weh anak aku dah pandai tarik-baju aku.. 
kwn3;- Ank aku plk dah pandai guling-guling, letak je meniarap.
aku :- Ank aku dah pndai ajak borak. smpai mnyembur2 air liur..
kwn-kwn : weih habislah ko. baby kalau main air liur.. gugur rambut ko tau..

aku:- ye ke? alahai baru nak kecek ayie curlkan rambut... sedih...

Dan zuriat adalah harta yang paling tak ternilai yang saya punya ketika ini. .... dalam entry sebelum. Ambillah benda & harta kepunyaanku. tapi saya mohon berbalik rezeki dari TUHAN... kurniakanlah saya anak yang sihat & cergas, anak yang cerdik, anak yang bijak. Murahkanlah  rezekinya. senangkanlah hati ibu bapanya... Lindungilah anakku dari segala masalah dan maha bencana. amin

Alhamdulillah, sehingga kini bagi saya, menjaga Amber sangat senang. Dia  jarang sangat meragam bila dengan saya. kecuali kalau basah atau lapar susu. Bila kena inject pun dia cuma nangis je. takde sampai demam-demam. pernah waktu saya flu, saya takut nak dekat dia, sebab takut berjangkit. yelah antibody babykn lemah. Tapi, syukur. tak berjangkit. dan sehingga kini Amber belum pernah demam lagi..:)
saya rasa itu rezeki yang mana TUHAN mudahkan segala urusan saya menjaga Amber. Dengan senang hati saya terima kehadirannya, dia juga menyenangkan hati kami dengan menjaganya.

Hidup ada si kecil ni indahkan.
Cubalah rasakan...

 

Kalau disini TIDAK.




Hak kepunyaan ku dicuri.


Kalau didunia aku tak sudi halalkan..






Apatah lagi Akhirat.


Khamis, 28 Oktober 2010

Apabila DIA terasa dekat denganku...

Aku pernah menjadi bodoh seketika. Bodoh dalam memilih jalan dan kehidupan yang bakal aku bentangkan untuk hari2 yang bakal mendatang. Aku pernah kecewa dan merasa betapa pedihnya dikhianati. aku pernah jatuh, malah berkali-kali. Pernah aku memandang sepi pada diriku sendiri...
dan bertanya...

... duhai diri.. mengapa begini jalan ceritamu?
... duhai diri.. mengapa kau yang menangis selalu?

Peritnya erti sebuah sabar yang penat ku gendong kehulu kehilir. Tanpa ada sesiapa yang sudi bertanya, waima menoleh sebentar. ketika aku merasa diri terlalu bodoh. Aku persoalkan kembali mengapa aku boleh jadi sebodoh ini.? hinggakan gagal mengenal diriku sendiri? Dan ketika aku merasa semua mata menjuih bibir dan meletakkan salah di bahuku. Aku hanya mampu berdiri dan menangis sendiri..siapa disisiku ketika itu?

Aku pernah meletakkan seluruh cintaku pada sesuatu yang bernama manusia. Aku belai, aku sayang malah akulah jua yang gagah mempertahankan tanpa gentar. Malah aku julang cintaku ke langit yang terbentang luas, mahu semua melihat betapa aku punya cinta yang membara. Hinggakan aku lupa. sebenarnya cinta itu tidak membawaku kemana-mana. Malah cinta itu hanya sisa-sisa yang sedikitpun tidak berharga di mata mereka.
Siapa disisiku ketika itu?
......dan ketika aku jatuh, dan cuba untuk berdiri kembali. Sungguh, aku mengharapkan agar ada tangan-tangan yang dapat memimpin aku perlahan-lahan. supaya aku mampu mendongakkan wajah pada langit yang terbentang. supaya aku tidak merasa lemah dan ketakutan. Siapa disisiku ketika itu?

....benarkan aku merasa keseorangan?...

Aku ingin bicara.. tentang hati yang selalu diduga... tentang takdir yang selalu dirasakan salah.
selalu. hatiku selalu bertanya. benarkan Tuhan dekat padaku apabila dia datangkan sesuatu bencana?
Benarkah Tuhan sedang memandangku ketika aku tertimpa masalah?
Ternyata. aku masih jua buta dalam melihat betapa besar kasih sayang Tuhan padaku. Walau aku selalu lupa dan sering meninggalkanNYA. Dia tetap ada dalam memberikanku nyawa untuk hari itu. Apabila aku gagal dalam memenuhi 'temujanji denganNYA, DIA masih sudi memberikan aku nikmat sebagai seorang manusia.
Dan ketika DIA mengirimkan perutusan sedikit duka yang membawa  jiwaku kembali kepadaNYA, apabila aku semakin jauh dari menyintaiNYA.

Mengapa, masih juga aku mengeluh...


Adakah aku masih tidak cukup baik sebagai seorang hamba? Tidakkah aku cukup sabar sebagai seorang isteri? masih gagalkah aku dalam mencintai anak-anakku sebagai seorang ibu?

Sebenarnya. disebalik kedukaan dan rasa kecewa. tersembunyi sesuatu yang maha besar tidak mampu dititip dengan kata. DIA masih lagi memberi ruang untuk aku kembali walau selalu aku mengkhianatiNYA. Masih lagi DIA biarkan aku bernafas walau kadang-kadang aku lupa menyebut namaNYA. Setiap saat ketika aku lupa. dia datangkan sesuatu supaya aku kembali mengadu keluh kesah padaNYA.

Itulah yang selalu ada ketika aku merasa sendiri. ketika rasa dikhianati. ketika kecewa dan sengsara.


KASIH SAYANG TUHAN.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Uda & Dara

Masih lagi dalam mood raya...


eh,eh, padahal dulu kalau mak abah ajak beraya ke rumah saudara-mara. punyalah malas sampai mereka2 cerita taknak ikut. Sibuk pk kerja.kerja. mana nak hadiri open house rakan-rakan lagi... cewah... saja je.
Tapi, biasanya memang anak-anaknya tak reti nak membontot. hehehe..

Tapi, tahun ni, raya beriya2 koo... bukan seminggu.. nah raya dah abis pun mama& daddy Amber masih beraya lagi. gilo. Habis dah kawan-kawan masih lagi buat open house sempena rayakan. kita lanjutkan jelah hari raya sesuka rasa. (ceh padahal x pose pun, raya excited PALING!)

Ni masa pergi rumah Mak ngah kat Muar. bertuah punya anak saudara, dah hujung raya baru sua muka.hehehehe
Ohw... 


Syazwi & Amber.

Syazwi, anak angah . angah sibuk promote panggil anak dia Syaz, tapi saya tetap nak  panggil belon. bolat cam belon. geram tau. dah lah nak jumpa  & main2 ngn dia susah. Ohw. Syazwi lahir bulan 5 aritu, so dia tua 2 bulan dari Amber.


 Hambik!
Tak dapat nak kata apalah bila anak dara dah posing macam tu. Bawak Amber berjalan asik tido jer dia. Naik keta tido. turun keta tido. Yak pun bangun kejap jek.Lepas tu mata mamai lagi neh. eh

Selamba jer sekarang, stokin ntah kemana, sarung tangan pun tah mana.
daddy punya kerjalah ne.. asik2 dia kata, Amber panas, rimas... daddy2..


 Pecah lubang, rupanya kaki puting jugak bujang nih. heh


Seronok tau bila dapat tengok anak sendiri membesar depan mata. Setiap hari, saya selalu ternantikan kemajuan akal Amber membesar, makin cerdik. Hari ni dia dah boleh nampak siapa mama & daddy dia. dah boleh senyum bila di agah. Dah pandai nak ajak orang berborak. Rezeki Amber pun murah, ada je, auntie2 yang hadiahkan baju yg cute2 utk Amber. Apalagi mak yang excited lebih... nak testing baju kat anak banyak2 kali.Yang paling banyak bagi present adalah opismate daddy. oh tak tahan u.... daddy punya opismate.. sangat baik. 


Peralihan bulan memang bayi kuat menyusukan? 

Mula-mula macam pelik jugak kenapa Amber menyusu macam tak puas. Aiyooo asik ek.ek. sekali lepas menyusu memang saya sulamkan dengan air suam. Tapi bila dia rasa lain je. Terus buat muka tak puas hati. Bila bagi susu terus hisap laju. Mak ai.. anak mama... kuat tul menyusu. Takpelah Amber nak membesarkan. 
Saya masih belum campur nestum atau apa2 makanan tambahan pada Amber. Perut bayi masih lembut untuk proses bentuk makanan pepejal selain susu. Lagi satu, saya risau kalau Amber susah nak yak. sekali sehari time dia kerutkan muka nak yak pun dah buat hati mama gunda gulana. padahal normal je tu.




p/s: erm...baru perasan sejak beranak nih entry semua pasal anak. Tapi peduli ape kn...!! :D

Jumaat, 8 Oktober 2010

wajah Suci Amberena

Hai baru sempat upload sedikit pic amber.hehehe
Sejak ada anak ne, memang tak sempat nak gagah snap gambar sana sini. pegi mana2 pun, walau tempat cantik pun. sume tu tak dapat nak tanding betapa meriah pic Amber kami snap. hehehehe..
Demand u Amber saya neh..

Tapi masalahnya bila dah terover2 snap pic  si kecik ne, malaslah pulah nak buat entry.. jadinya *membesarlah Amber dalam memory card nikon tanpa sempat di publish..haih.

seingat sayalah, start Amber lahir belum cukup hari dia dah merasa hidu asap ayam percik & ikan bakar kat bazar Ramadhan. Gagah betul mama ngn daddy dia bawak konon2 nak bagi tunjuk kat dia. Tapi dia relax jelah jalan tutup mata. mana taknya sedap tidur dalam dakapan ayannda terchinta. hehehe (sebenarnya si mak yang tak tahan asik mgadap dinding je berpantang kat umah)

 Alamak, tak cover pulak awk ne buat kembang2 idung!



 nasiblah kena dera, bibik adik saya tiupkan Amber yang kepanasan. Padahal Amber relax je, bibik mak usu yang lebih2.. bagus2.

Sepupu Amber yang sulong.
*dah WARNING awal2 jangan ngorat anak acik ea..

 oh...oh...


Ambik sekali dia posing.... tak boleh tahan!!


Oh... saya tak tau kali pertama dengan siapa Amber pandai senyum dan tawa. Tapi geram sangat bila dia tengah syok kikikiki ngn daddynya. then bila saya mencelah dan buat muka paling poyo.. dia buat muka relax jek!!!! oh.. anakku.

^

^
^

Ait, tetiba terupload pulak wajah suci  adekku yang bongsu. Masih single & available...:p
ceh perasan pulak dah...

P/s: matilah dia dapat tau saya promote jodoh untuk dia dalam neh..huuuuuuuuuuu............

Selasa, 5 Oktober 2010

Shift Berjaga Malam untuk Amber.

  Alhamdulillah suami sangat peka & rela mengurus dan melayan Amberena pada waktu malam. Layan Amber menyusu, layankan Amber shi2, poo2... layankan Amber bercakap. (ohw Amber blum tau cakap cuma pandai buat bunyi jek) . Kadang-kadang saya tak terperasan pun Amber nangis, tau-tau esok pagi suami akan bagtau berapa kali Amber bangun, nak susu ke, shi2 ke. hah baru saya tau. Oh anak aku bangun malam tadi. hahaha...

Oklah tu daripada dua-dua tak sedar diri.

 Mesti nak dekat dgn daddy jugak. walau dah bnyak kali awak hampir kena hempap.
TETAP!

 Dengan daddy awak diam dan suka layan daddy cakap ye.
Buat mama geram. tak tahan!

 
Macam2 gayalah Daddy awak buat kat awak. Tapi paling kuat pun awak buat muka je.. takda nangis2..
Tau tak mama ngn daddy sayang sgt kat awk, awak baru je 2 bulan tapi... cinta kami melimpah-limpah...


 Lagi2 daddy juga yang dapat.


Setiap masa terluang yang saya ada sekarang terlalu mahal untuk dibazirkan kecuali bersama Amber. Yalah mana boleh tahan perasaan ni bila asik2 si Daddy yang dok dakap, pegang, riba, pangku, dukung Amber kehulu ke hilir. Macam bukan saya pulak yang lahirkan dia. Kalau mandi tu, boleh siap habis satu episod citer Siti Kelembai tu hah. Kalau pakai baju pulak boleh sampai kena Mandikan semula si Amber tu. Mana taknyer siap terabur air liur dia sibuk bercakap ngn daddy.



alahai si comel kesayangan saya. 

 Keluar je Amber masing-masing dah sibuk telek nak tengok Amber ikut iras sapa, belah maknye ke, belah daddynya. Hampeh langsung tak sebiji mak. tapi ramai yang kata iras ikut daddynya. ye ke? saya tengok hari-hari tak serupa langsung pun??? ada ke..ada ke? 
Tapi bila ada orang cakap kalau iras ayah. InsyaAllah 'sejuk perut ibu'. hah terus je mengaku memang ada iras daddylah Anak aku. hahahaha



p/s: Last sekali pic paling mahal, anak beranak yang over sensor...:p