Khamis, 30 September 2010

Berpantang dengan Nona Roguy

Memang best!

Amboi, awal2 dah kata best. betul ke? apa yang boleh saya katakan dalam set bersalin Nona Roguy, semua habis licin saya makan & pakai. kecuali akar herbanika tu.nanti saya cerita.

Minyak herbanika &  krim barut - memang sangat diperlukan lepas bersalin, minyak ne tak panas tapi berangin sikit. Masa bidan mengurut pun saya guna minyak ni. Urut seluruh badan, selesa sangat. lepas tu masa pakai bengkung sapukan pulak krim barut kat perut. saya letak banyak2 biar hangat dan ikat bengkung kuat-kuat. lepastu duduk berlunjur tengok tv. hehehe.. Kalau sengal2 dan rasa sejuk pun saya sapukan minyak herbanika je.

Herbanika Lulur - saya suka sangat. sebelum mandi sapukan nipis kat seluruh badan selepas di cairkan dengan air suam. bila dah nak kering tu gosok perlahan sebab serbuk lulur ni kasar sikit, kalau main tonyoh je kat kulit sakit. Lepas berlulur kulit akan jadi halus je... best. lagi satu, saya suka usap & gosok lama-lama sikit sebab lepas mandi badan akan rasa hangat je. Badan akan berpeluh dan bagus sangat untuk orang yang berpantang. Orang berpantang mane boleh bersejuk, kena berhangat-hangat. jadi nak berlulur berejam pun takde masalah. Lepas tu guna Uncang cuci herbanika untuk basuh bahagian bawah dan jahitan epi tu, rendamkn uncang dengan air panas, biarkan suam. lepas bercuci, rasa segar sangat. bahagian jahitan pun rasa hangat je, x bisa. InsyaAllah juga  segala lendiran dan darah kotor kita akan keluar banyak. lepas badan dah segar barulah best nak berurut dan berbengkung.


satu je yang saya kalah. memang dah ditakdirkan saya jenis yang susah nak telan ubat jenis cecair. so, saya memang tak minum air akar herbanika tu.Masih ada lg smpai sekarng :D
terasa rugi jgk, tap nak wat cmnerkn...


Dan yang paling best guna NR ne adalah Phytonatal , makan tablet ne memang sangat2 lawas bila time nak membuang tu. Tak sembelit langsung. tau2 jelah kan lepas bersalin adalah satu kengerian kalau nak ke tandas tu. serius. memang takut!  badan pun terasa hangat & sihat jew.. lagi satu, still boleh breastfeed baby dan susu akan keluar mencurah. InsyaAllah.
Alhamdulillah, Amber bebas dari jaudis. (kena jugak tapi sikit je, sentiasa bagi susu badan & kalau susu tak banyak sulamkan dengan air masak. Ohw, lagi satu bagi baby minum susu kambing, tp jgn banyak2 sebab susu kambingkn panas. takut baby tak tahan pulak). 

Paling risau kalau baby kena jaundis ni, penat kena ulang alik masuk hospital. dengan tak sampai hati nak tengok si comel tu ' dibogelkan' then di jemur bawah lampu. Aduh, tak sanggupnya nak tengok. Dahlah saya tak suka ke hospital. 



Pengalaman Bersalin

intro 
sakit. lama. sekejap. biru. kudrat. hilang.





p/s: Kalau ada sesapa yang tak habis makan tablet phytonatal time pantang aritu, mehlah bg kat saya. senang hati saya terima. :D

Selasa, 28 September 2010

Mari cerita sikit tentang Amber

 Haih awak ne buat mama rasa sayu je perasaan ne. Sebab tu kalau awak menangis tak berenti, mama pun ikut nangis sekali.. ish2.

  Kenapa rambut Amber lebat?
Tak tahu nak cakap, sama ada ianya dipengaruhi oleh pemakanan yang saya ambil. Tapi yang pasti masa nak lahirkan dia rambut tulah yang saya rasa dan bagi semangat untuk teran sampai dia keluar. Dan sebab rambut tulah jugak saya asik nak terkencing je bila berjalan, sikit2 toilet. letih tau.
Ramai sangat yang tanya pasal rambut Amber.

Sape tak geram tengok bayi sekecil ini. rasa nak gigit2 je..

Berpantang ok tak?
Sapa kata berpantang tu senang dan best! Ohw.. lebih baik sakit bersalin dari berpantang 44 hari. Kat hospital dah nangis, balik rumah lagilah berkali2 nangis kira hari bilalah nak baik luka ne. Ohw, luka jahitan memang tak berani nak tengok apatah lagi pegang. letak ubat pun main jirus2 je. Saya kurang selera makan masa berpantang. memang takde napsu nak makan. setiap kali mak bagi satu senduk nasi mesti berbaki. dahlah nak duduk sakit, penat menggayakan duduk dan baring je..
Nak tido, lagilah azab. saya rasa sepanjang berpantang saya memang tak cukup tidur je. nak tidur kena separuh duduk, tulang pinggul saya sampai naik tumpul agaknya, lenguh dgn sengal pinggang dah pakaej lain pulak. Tu belum lagi bab breast yang bengkak, nipple yang luka.  Malam2 nak layankan Amber asik karaoke je. Aduh penat sangat. Siang hari kena jaga Amber sendiri, mak tengok kejap2 je. Ya Allah. masa tu rasa macam dah tak kuat sangat. Nasib baik hari demi hari Amber makin sayang kat mama. tak banyak ragam. Tali pusat dia pun cepat tanggal. Alhamdulillah. 

Ohw. saya setuju dengan pendapat yang mengatakan lepas bersalin ne bukanlah masa terbaik untuk kita berziarah tengok baby. Kesian kt ibu sebab masa tu dia perlukan rehat, mana nak layankan diri sendiri, si kecil, tetamu lagi, dengan keadaan diri yang serba serabai. Orang lain tak, saya serabai hokey!!!.. Dengan badan yang masih sakit-sakit. Ingat lagi, masa kat hospital. Amber asik nak menyusu je, mungkin masa tu susu saya belum banyak. jadi dia tak puas. Asik nak melekap je, kalau letak je nangis, letak je nangis. sengal dan sakit tangan saya pun tak ilang lagi, Amber asik nak dipangku & nak susu je. Saya susukan Amber dengan tangan menggigil nak ampu Amber, sampai nak terjatuh Amber dari saya. sebab tangan saya kebas giler. waktu tu saya menagis dalam hati selebatnya. Nak nangis betul2 segan. Memang Dugaan betul tapi sentiasa manis untuk di kenang. Pertama kali seumur hidup kan.


p/s : Wanita yang bergelar ibu memang hebat. saya yang baru jadi ibu kepada seorang bayi pun dah rasa hebat dan bangga sangat, inikan pulak ibu2 9-10 orang anak. Memang tak terucaplah.

Kembali ke asal

Ok. saya dah mula bekerja.

malas.

Pertama kali dalam hidup terasa macam mak-mak. Pertama kali bangun awal pagi dari selalu. Bangun tidur bg Amber menyusu kemudian bersiap (nasib baik uniform kerja dah iron sebulan awal). Ok. baiknya Amber lepas menyusu terus tidur di seat carry hand. Lepas tu siapkan barangan Amber untuk di hantar ke baby sitter. Ohw, rasa teruja bawa Amber sendiri tanpa suami menemani. Nampak macam isteri mithali pulak semua buat sendiri kan. Ok tipu, sebenarnya semua tu suami yang buat kecuali siapkan diri sendiri dan bawa Amber ke baby sitter. Suami hantar ke muka pintu kereta dengan berkain pelikat dan belum mandi semata-mata untuk siapkan anak dan bini dulu. hehehehe.... thanks sayang. Dari awal kita ada Amber, awk tak pernah buat saya menyesal.:p

Saya rasa macam mamai bila start balik bekerja ne. tengoklah datang kerja pun boleh update blog lagi.padahal kerja banyak menggila ne.

Takde mood.

Betullah, dari 8.00am saya asik ingatkan Amber je, dah bangun ke dia, dah mandi ke?, dah menyusu ke? dah sedawa? menangis ke dia? haih.. rindunya pada Amber. naluri ibu takkan dapat lari walaupun kalau pergi mana-mana sentiasa buat muka selamba konon-konon macam masih anak dara. Yelah Amber dah tentu-tentu daddynya yang pegangkan. Alhamdulillah bila dah ada Amber, kami jaga bersama, penat bersama, tak cukup tidur bersama, gelak bersama, seronok sangat. Bila tengok Amber je terus tersenyum sendiri. Tapi hairan kan macamanalah ada juga manusia yang sanggup buang bayi, sampai mati. takkan sikit pun tak mengalir naluri seorang ibu dalam diri mereka?

Dan 2 bulan Amber dengan kami, dia dah membesar walaupun tengok dia sama je. tup2 timbang dah 4.6kg. patutlah daddy sampai lenguh tangan dukung Amber. Buat masa ni Amber tak masuk buai lagi, dia boleh tidur nyenyak kat mana2 je pon. bentangkan tilam. tepuk2 sikit lelaplah dia. so, takyah susah nk angkut buai kesana kemarikn. Handbang mama pun dah 2-3 sayang, tak larat nak tambah lagi. ok. sebenarnya banyak nak cerita, tetiba otak beku pulak bila duduk dalam ekon dan asik ingatkan Amber je.. ish3

p/s : Tak sabar nak balik main masak-masak dengan Amber ne.:D

Isnin, 27 September 2010

My chenta hati sekarang....:)

Qaseh Nur Amberena Binti Muhd Nazri
3 kg