Ahad, 27 Jun 2010

~Heaven~

pulau sibu

island yang sangat cantik.

oh.bestnye...

matahari terbenam.

sunset. cantik betullah.

Wah asik berangan je skrg nak pg tepi laut berjimba, jalan berdua dengan hubby mcm dulu2 tu. Ahh terusik betullah dengan kisah2 lama. rasa best je. Tapi lepas kawen langsung takdak hati nak main2 air di persisiran pantai lagi. ceewah. 
Entah. tapi memang betul, lepas kawen rasa macam sangat sibuk dengan tugas2 harian, yelah hari2 kena uruskan diri sendiri & hubby. sekarng memang tak larat nak urus waima diri sendiri pun. hehehhe
pastu, asal weekend je. memang liat sangat nak kuar berjalan mcm dulu2 tu. seriuse mmg tak kuasa weih. Rasa macam duduk2, lepak2 tgok tv kat umah laaaagi heaven~~ padahal masa bercinta, pantang sangat kalau tiba weekend tu. selarat-laratnya sume tempat nak g. pantang betul. 

Now, bila dah serumah sebilik, tidur pun kadang-kadang sebantal. ohw, hubby sy ganas taw tido siap boleh tendang2 lagi time tido tu. nasiblah bantal yang tinggal satu sbb kena tendang. kalau sy yg kena tendang??nasiblah. ke dah jemu sbb hari hadap muka sama jew?? hik2 taklah
lepas kawen pun dah malas, bila sy dah peknen ni lagilah. mimpi nak kuar umah sume. kalau boleh semua benda keperluan nak beli order n sampai depan mata je taw. Tetiba time EDD dah dekat ne, terasa plak nak g vacation. at least dapat duk tepi pantai pun jadilah. kang kalau jalan2 di pesisir pantai nanti buat terkejut orang jer plk. ohh rindu2. tapi rasanya mcm tak dapat jew. isk2.....

dah tentu2 sy nak g island2 yang cantik. yang bersih dan airnya jernih. Nk pujuk hubby pg Pulau area Sabah bah boleh? tak pun dalam semenanjung je. Berangan sungguh, dah tentu2lah kena tunggu  sampai baby kuar n besar sikitkan. Sekarang bolehlah cakap nak tinggal je, tapi bila dah depan mata nanti takut sy pulak yg melalak takmo tinggal baby. hehehe...

p/s: Belum pasti jantina baby lagi. tekanan betullah. naluri ibu pun 50-50 jew. tak pelah yang penting baby sempurna. sihat. lengkap. cukup comel. wallah...

Sabtu, 26 Jun 2010

Lemak terkumpaul bersama ibu mengandung

Kenapalah sekarang ne time malam, mata susah nak lelap. segar je biji mata ne, walaupun jam dah pukul 1++am. kalau boleh tidur pun tgh pagi tuh mesti terjaga. Rasa tak selesa sangat2. Malam td, hujan lebat. yelah biasanya kalau hujan2 camtu lagilah syok tidokan. sejuk2 then peluk bantal sambil selimut tebal2. Tapi, bukan saya.. terkebil2 biji mata saya pandang kiri kanan.plak tu boleh berpeluh sebab rimas dan panas?? Ohh...
Jeles je tgok hubby sedap tido kt sebelah, paksa pejam mata pun tak jalan jugak. haih...

Pelik jugak, kadang2 tu time orang lain panas saya sorang je yg sejuk. Tapi kadang2 je. heh


Ok, sekarang dah takde mengidam2 lagikan. Ntahlah tak rasa plak macam sangat terdesak nak puaskan anak tekak ne, tapi make sure, bfr bersalin saya nak makan steamboat, steak ostrich kt windmill, n nak makan kt restoran sri percik. oh mengada2 taw~~~

Sebenarnya saja nak cukupkan syarat sebelum mula trip berpantang nanti.Bukan teringin sangat pun. 

Dah terbayang hazab sangat nak g jalan2 time tengah sarat ne. Kalau dulu, boleh lagi singgah 3,4 mall  window shopping, makan2 sampai tgh malam. Tapi sekarang, jangan harap! tak boleh tahan taw asal kuar n bangun je dari seat kereta nak terkencing, asal bangun je dari duduk nak terkencing, berjalan dahlah asik cepat penat, nak tahankan asik nak terkencing lagi. Adoilah.. serik2.. belum lagi time balik tu nak hadap kaki cramp yang memang sakit. nak layankan baby yang asik bergolek ne lagi. jadi, nasib baik barang2 baby almost done! cuma stroller n baby seat car je belom cari, oklah tu blh cari lepas bersalin nanti. lepas ibu bertenaga semula ye adik. hehe~~


p/s: Suasana mendung dan gerimis betul2 mengimbau peristiwa lama. shahdu seih...








Jumaat, 25 Jun 2010

Dinner Tech Dept 2010~~

Ok. Dinner ngn bebudak tech dept. Actually lepas pilih punya pilih n survey. Bos kitorang decide makan kat pizza jerk. oklah tu, walau dalam hati sebenarnya nak sangat kalau dinner ne dapat makn steak!! huhuhu~~ tapi mengenangkan yang saya ne memanglah tak kuasa nk g jejauh semata-untuk makan je. sy setuju je..hehehe


jom layankan pic

Kat luar restoran sebab nak tunggu lelain staff yang belom sampai lagi. kiranya saya time sampai oklah tak lewat sangat pon.



 Ok, ini speed. nama orang panggil dia. blue bukan main, nampak muka macam naif je taw~ tapi, gatal nauzubillah.. hahahaha pantang betul kalau buka citer pasal awek2 cun sket, kalau awek cantik meletop laaaagilah dia suka. Tapi dia okey.

Ok. fine. saya nampak sangat selebet kan. hahaha~~ sbb tu saya tak suka amik pic time preggy ne, ntahlah mcm takda nafsu je nak posing bagai. tengok tu nasib baik pic dari dada ke atas je nampak, kalau whole body, aiyoo buruk sangat taw.
Satu table ngn bos. jadinya banyak sangat food yang lebih tu kat meja kitorang, main amik2 je dari table yang xde orang makan. Sumpah terkejut tengok dia makan, banyak woo~~

time ni dah sudah makan ke belum? tapi yang pasti memang banyak lebih sebb tak semua tech datang malam tu. kami sukalah. sebab bahagian diorang boleh tapau bawa balik.hehehe~~

 grgrgr.. pic saya lagi. segan betul. ok depan sy erin. sebelah k.leha. tech dept cuma ada 3 org je ladies. 2 org married. teka siapa yg belum?? :p

belakang: lee. abas. speed. nassir
depan : khairul. hafiz. amar


Saiful. tengok sampai bertingkat kuali pizza tu dia hadap. saya makan satu slice je pun dah tak larat. sungguh.

 Alif & Salleh. 
kalian takkan sangka kalau tahu perangai sebenar mereka. poyo taw~ betul2!


Oklah. actually siang tu saya pg wedding cousin, n tau2 jelah bila pg majlis orang kawen yang banyak sangat makanan yang sedap2 ne. lagi2 pulak masa saya sampai, mak dah keepkan lauk2 pengantin untuk saya tau. malu ah~~~ so. apalagi allahumabariklana......lah... perut tengah kosong, sebab kat umah memang tak masak. jadinya nasi minyak minyak ngn lauk pengantinlah yang saya taram habis-habisan siang tu. ok. selesai. masuk umah pantin. duduk, tergoda plak dengan bubur kacang merah yang manis n sedap tu. makan semangkuk bertambah ok. perut dah full sangat neh.

tengok, sendat sangat dah baju tu. duduk pun tak boleh nak tegak lagi!!

Balik umah memang dah set dalam kepala, taknak makan lagi sebab malam ne ada dinner kn. tapi, bila nampak ada mee hoon goreng bungkusan kenduri saya amiklah sikit nak rasa. jahat betullah bila mee hoon tu sedap sangat!! tak dapat kawal napsu, habis satu polistrin tu. tapi dah budget dah perut still ok lagi. masih ada storage untuk malam. hahahaha~~

Hubby dah ingatkan banyak kali, jangan makan banyak sangat. dia sendiri naik risau tengok saya makan tak henti.

Malam tu, nasiblah saya cuma larat makan 1 slice pizza, air pun dah tak larat nak minum walau haus sangat! kebab pun makan yang sosej je tu. kentang goreng. tempura udang & sotong pun jamah skit2, deli wing makan 2pcs taw~~haha. ais krim dapat makan sampai habis. tapi saya nak lagi sebenarnya ais krim tu. memang ada lebih pon. nak buat macamana, nasiblah sy masih beringat, boleh jalan lagi tak aku ne.. nak bangun pun rasa mengah dan tak larat sangat.. aiskrim~~~ ahh 

selamat dah masuk mulut sape tah. 

p/s: walau sy rasa dapat makan sikit, tapi sy dapat tapau banyak. hehehe~~
p/ss: lain kali kena beringat, tak boleh nak hentak perot mcm ne lagi, samapaikan rasa mcm nak muntahkan separuh je isi perut tu. biar ringan sket. boleh cmtu??

yeay.. breastpum dah sampai!!


Parcel yang sy order dari mamaQstore dah smpai dah, isinya breastpum medela harmony denag 12 pcs safetyplus storage bottle untuk wat stok ebm. cehceh..

Akhirnya bolehlah berangan jadi ibu sejati~~

kebetulan sampai dengan parcel bos sekali so, time buka tu dia plk yng over sibuk nak telek barang saya taw~~
ish3 malu la kalau dia tau ini pam untuk susu badan. Kelakar weih, bila dia nampak bottle safetyplus tu terus tanya, kenapa banyak sangat beli botol susu?? aiyok! sy pun susah nak explainlah. kalau bgtau, bukannya dia faham pun. :p

Apepun hari ne hepi sebab dapat sudah benda ne, n balik ne boleh kelek n telek segala bagailah. nak test pun boleh ape! hehehehe...

p/s: Dan janji, kalau niat nak full breastfeed baby berjaya. nak kumpaul duit n beli yang swing2 nyer... freestyle tu tak mampulah mak. hehehe

Khamis, 24 Jun 2010

Tanda-tanda bersalin palsu??

Ouch... rasa sakit mcm senggugut time period tu, dh 2 kali kena camni taw. saya dah risau sangat dah. Yelah first time kan. Mana de pengalaman lagi. Nasiblah pagi tadi nurse klinik desa ada dtg umah sebelum sy pg kk untuk appoitment doc. Then, tnya nurse tentang rasa sakit, perut mengeras sebelah kanan neh. serious. sakit sgt! nurse bgtau, itu perkara biasa bila pregnancy dah dekat masuk 9bln kn. dan nurse bgtau ada 3 tanda kalau betul2 tiba masanya nak delivery dan cepat2 bawak segala bagai keperluan menginap di hospital.hehehe..
ok, tanda-tanda tu adalah :-
  • Perut mengeras seluruhnya- means bukan sebelah kanan @ kiri, seluruhnya hokey (baru sebelah pun dah sakit sgt neh...)
  • keluar air ketuban- jernih tapi likat macam gam kanji tuh. bkn melimpah tapi still boleh rasa kebasahanlah.
  • keluar darah dan cecair - bkn melimpah jugak, tapi mybe ada kt panties kot.
Wah, anak ibu ne suka sangat buat cmtu yek, Dahlah skrg makin ganas buat driff dalam tummy ibu ne, sampai kadang2 buat ibu tak tahan tau. Geli.

Sekarang dah kena sediakan barang2 untuk dibawa ke hospital anytime je. Blurr jugak, time ne. blh lagi terfikir nak bawak baju yang fit2 tu. mentang2lah lepas bersalin perut dah kempes sket. hehehehe...
takpe2 sedar diri dah, so sediakan t-shirt & kain saje. jeans? masih mimpi hokey.


p/s : Nurse check bgtau yang baby songsang, dahlah baby nyer position skrg statik dah xde nk pusing atas bawah lagi, nasib doc scan & confirmkan yang position baby adalah NORMAL, kepala kat bawah dah. Buat nebes jelah nurse neh..

Jumaat, 18 Jun 2010

Shhyy.... rahsia saya.

Normal ke tidak bila berat naik mendadak sgt2 ne... Sy macam tak perasan yang diri saya makin membesar hari demi hari. Yalah selagi saya rasa masih larat bangun dan berjalan selagi tu sy rasa ok lagi. Tapi last check-up kt klinik kesihatan hari tu, terkejut giler ah, bila timbang berat saya jejak 61 kg!!!

Sy siap timbang lagi sekali mcm tak puashati je dengan penimbang tu taw~~

Berat asal sebelum preggy 45kg,


preggy bulan ke 3 = 48.6kg
preggy bulan ke 4 = 53.4kg (wah mencanak naik weih)
preggy bulan ke 6 = 55kg
preggy bulan ke 7 = 59kg
preggy bulan ke 8 = 59.3kg
latest preggy miggu ke 34  = 61kg!!!

Alamak, naik takut pulak dah dengan penimbang berat tu. Harap2 lepas ne, makan boleh control lagi, dan berat taklah naik mencanak sangat. Next week ada appoitment kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk booking katil, then selang 2 hari ada appoitment plk ngn Doctor kat KK. aiyok, penat sangat dengan appoitment2 saja. itu belum termasuk lawatan rasmi checkup wajib 2 mggu skali ngn nurse dekat KK lagi.
Aduhai... terpaksalah jugak.

Suami dah janji, appoitment yg kat HPSF dia akan temankan, dan harap2 takde masalah dan sy taknak kena warded lagi!! . Lagipun sy mmg tak biasa dah nak drive sndiri kat tgh bandar kn. Lagipun dah pasang niat pagi-pagi tu sebelum pg HPSF nak makan sate dgn mee rebus muar yg kat depan Bustand Bentayan tu dulu. Phew sedap tu, lama tahan ne..hehehe..


p/s: Dah bayang nak plan macam2 hari tu.ceh!

Selasa, 15 Jun 2010

pin..pin... attention pliss!!!

Ntah kenapa pandai sangat, blog lama terus jadi haru biru,
entry lama ada di sini.